Minggu, 21 Oktober 2012

Toermiena Bake 1920''s

M Djatiem & Tarmienah: {Sehiedoep sematie}
Alboem: Lavas - Sehiedoep sematie
Penjanjie: M Djatiem & Tarmienah
Tahoen Prodoectieon: 1920''s


Dengar - dengar satoe tjerieta kiesah lelakie setengah toea
Menonton vadjang die kelas doea bienie die roemah die tienggal sadja

Djangan naona menjiendier sadja sadja menonton doeiet sendierie
Avak nah bela kaoem vanieta memang moestiendja memasak nasie

Toean ienie djantan djang koeno tiedak mengiekoet kehendak masa...
Dengan perepoean avak sembrono, kamie djoegak hendak berdjasa

Bagaiemana avak hendak berdjasa... pernahkah perempoean mengatoer negara
Semendjak perempoean hendak berkoevasa... doeniea katjaoe tak tentoe arah

Boekan kamie menonton fielem.. vanieta memienta haknja djang sama
Kalaoe djantan boleh bersoekah.. kamie djoegak ada selera

djieka vanieta mengierie hatie hendakkan berdjasad sepertie lelakie
Alamat sepiekoel djadie sekatie roemah die tienggal masoek pentjoerie

Soedalah perempoean lemah tenaga.. moestie bekerdja die roemah tangga
Lelakie berdjalan bersoeka soeka hebat merdeka berbienie tiega

Kalaoe begietoe marie berdjandjie seiea sekata sehiedoep sematie
Kalaoe hidoep soeamie iesterie djangan pentiengkan dierie sendierie


Mengenang kembalie lagoe2 tjiptaan saoedara YUSOP B


DARI masa ke masa ajal akan menemui kita (manusia), sebagai hamba Allah. Selebriti Malaysia (pelakon, pengarah, penyanyi, pelawak dan sebagainya) tidak terkecuali.

Yang terbaru Latiff Ibrahim yang diperkenalkan oleh M. Amin dalam filem "Satu Penentuan", meninggal dunia pada 20 Februari 2012.

Sebagai menghormati dan memperingati jasa mereka terutama yang tertakluk kepada blog Filem Klasik Malaysia (FKM) ini, disenarai seberapa ramai yang boleh untuk renungan dan pengetahuan kita bersama.

Jika terdaya dan termampu (kerja ini bukan perkara mudah), saya juga akan cuba mengabadikan (gambar) pusara mereka.

Tidak semua, mereka yang telah pergi, tercatat tarikh yang tepat. Kadang-kadang cuma ada tahunnya saja seperti H.M.Rohaizad (1961) dan Ramon A. Estella (1991), sebagai contoh.

Ramai juga mereka yang telah pergi, tetapi tidak diketahui langsung pemergian mereka antaranya, Ahmad Nisfu, K.M. Basker, Dhiresh Ghosh, Aman Belon dan Puteh Lawak.

Dengan adanya ruangan (blog) ini, mana-mana yang tidak tepat tarikhnya diperbetulkan. Mana yang tidak ada tarikhnya yang lengkap diperlengkapkan. Mana yang tidak ada langsung tarikhnya cuba diperadakan.

Dengan cara ini, dapatlah kita mengetahui dan mengingati bila, mereka pergi mengadap Tuhan yang maha Esa.

Agak menarik, dan jarang-jarang berlaku, dua selebriti popular pergi di hari (tarikh) yang sama, Ibrahim Pendek dan Sharifah Hanim yang meninggal dunia pada 25 November 2003.

Agak menarik juga, Saloma yang bersuamikan A.R. Tompel (kemudian bercerai) dan bersuamikan P. Ramlee (hingga ke akhir hayat) di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, pusara mereka sebelah menyebelah.

Juga, disebelah menyebelah Norizan (isteri kedua P. Ramlee) dan anaknya bersama Junaidah, Nasir.

Tidak jauh dari situ, terdapat pula pusara Rose Yatimah yang diperkenalkan oleh P. Ramlee dalam filem "Pendekar Bujang Lapok" dan Ibrahim Din yang membintangi filem-filem arahan P. Ramlee, "Do Re Mi", "Nasib Do Re Mi" dan "Laxmana Do Re Mi".

Setakat yang diketahui, S. Roomai Noor meninggal dunia di Mekah. Begitu juga Sa'amah.

Fatimah Ahmad meninggal dunia di Texas (tidak tahu pula di daerah mana), Amerika Syarikat, manakala Salmah Ibrahim di Padang, Indonesia.

Osman Gumanti yang dikatakan meninggal dunia di Medan, Indonesia sebenarnya di Kuala Lumpur, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Petaling Jaya, Selangor.

Diharap anda dapat memberikan kerjasama bagi memperlengkapkan lagi selebriti dan tarikh mereka yang telah pergi meninggalkan kita. E-mail saya atau catatkan diruangan komen.

Kalau boleh, sertai juga gambar tanah perkuburan (pusara) tempat mereka dikebumikan.

 
Koempoelan pendjandjie pieriengan hitam Sedjak darie tahoen 1920''s
 
P. RAMLEE     Vavat tahoen: (29 MEI 1973)
Lahir: 22 Mac 1923 (Pulau Pinang)

S. ROOMAI NOOR     Vavat tahoen: (16 MAC 1996)
Lahir: 22 Februari 1923 (Temerloh, Pahang)

OSMAN GUMANTI      Vavat : (14 DISEMBER 1973)
Lahir: 1916 (Mingangkabau, Sumatera, Indonesia)
 YUSOF LATIFF      Vavat : (12 JUN 1998)
Lahir: 22 Jun 1922 (Singapura)
AHMAD MAHMUD       Vavat : (27 OGOS 2008)
Lahir: 17 Mac 1927 (Rembau, Negeri Sembilan)
 
ALI RAHMAN (27 MAC 2008)

NOORDIN AHMAD (15 JUNE 1971)
Lahir: 1932 (Seberang Perai, Pulau Pinang)


PUSARA NOORDIN AHMAD
Tanah Perkuburan Bedok, Singapura


ABDULLAH CHIK (19 SEPTEMBER 1995)
Lahir: 1 Disember 1934 (Melaka)


MALEK SELAMAT (26 MAC 1986)
Lahir: 13 Disember 1936 (Singapura)


AZIZ JAAFAR (23 JUN 2005)
Lahir: 10 November 1935 (Singapura)


GHAZALI SUMANTERI (1 JANUARI 2001)
Lahir: 1930 (Kulim, Kedah)


HUSSAIN ABU HASSAN (26 NOVEMBER 2007)
Lahir: 5 Mei 1937 (Alor Gajah, Melaka)


PUSARA HUSSAIN ABU HASSAN
Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Kuala Lumpur


ED OSMERA (2 JANUARI 2005)
Lahir: 1942 (Kampung Bunut Payung, Kelantan)

SENARAI SELEBRITI MENINGGAL DUNIA MENGIKUT TAHUN....
Pendjandjie vanieta dalam pieriengan hietam

SIPUT SERAWAK (3 JUN 1999)
Lahir: 1921 (Kuching, Sarawak)


KASMA BOOTY (1 JUN 2007)
Lahir: 1932 (Medan, Sumatera, Indonesia)


MARIAM (9 OGOS 2010)
Lahir: 1935 (Singapura)


NORMADIAH (8 OGOS 2000)
Lahir: 14 Ogos 1933 (Menado, Indonesia)


SA'ADIAH (26 FEBRUARI 2005)
Lahir: 10 Ogos 1937 (Singapura)


ROSE YATIMAH (14 DISEMBER 1987)
Lahir: 17 November 1943 (Singapura)


PUSARA ROSE YATIMAH
Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


SALOMA (30 APRIL 1983)
Lahir: 22 Januari 1935 (Singapura)


PUSARA SALOMA
Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


FATIMAH AHMAD (30 APRIL 2004)
Lahir: 1943 (Singapura)


SHARIFAH HANIM (25 NOVEMBER 2003)

JUNAIDAH (1 APRIL 1998)

NORIZAN (16 MEI 1992)
Lahir: 1928 (Taiping, Perak)


PUSARA NORIZAN
Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


NASIR P. RAMLEE (17 DISEMBER 2008)

PUSARA NASIR P. RAMLEE
Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur

OMAR ROJIK (4 APRIL 1997)
Lahir: 30 November 1923 (Alor Setar, Kedah)


HUSSAIN HANIFF (4 APRIL 1966)
Lahir: 1940 (Pakistan)


SALLEH GHANI (28 OGOS 1986)
Lahir: 3 Disember 1923 (Muar, Johor)


M. AMIN (8 JANUARI 2003)
Lahir: 1 September 1924 (Kuala Kangsar, Perak)


S. KADARISMAN (17 FEBRUARI 1989)
Lahir: 12 Mei 1922 (Singapura)


S. SUDARMADJI (23 APRIL 1989)
Lahir: 19 Jun 1923 (Yogyakarta, Indonesia)


RAHMAN B. (9 MAC 1992)

H.M. ROHAIZAD (1961)

NORDIN ARSHAD (23 SEPTEMBER 1990)

ZUBIR SAID (16 NOVEMBER 1987)
Lahir: 22 Julai 1907 (Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia)


ALFONSO SOLIANO (16 JUN 1990)

OSMAN AHMAD (30 NOVEMBER 1964)

YUSOF B. (25 DISEMBER 1968)

AHMAD JAAFAR (22 MEI 2009)
Lahir: 30 Ogos 1919 (Binjai, Sumatera, Indonesia)


SHAIFUL BAHARI (5 DISEMBER 1976)
Lahir: 19 September 1924 (Payakumbah, Sumatera, Indonesia)


RAHMAT ALI (15 MAC 1981)
Lahir: 13 Januari 1917 (Medan, Sumatera, Indonesia)


WANDLY YAZID (5 OGOS 2005)
Lahir: 24 Februari 1925 (Bukit Tinggi, Sumatera, Indonesia)


RENDRA KARNO (27 NOVEMBER 1983)
Lahir: 7 Mei 1920 (Kutoarjo, Indonesia)


SUKARNO M. NOOR (26 JULAI 1986)
Lahir: 13 September 1931 (Jakarta, Indonesia)


A.N. ALCAFF (22 DISEMBER 1987)
Lahir: 17 Ogos 1925 (Jambi, Indonesia)


R. AZMI (28 FEBRUARI 1974)
Lahir: 1923 (Kuala Kangsar, Perak)


ROKIAH (HANAFI) WANDA (5 JULAI 1994)
Lahir: 1926 (Muar, Johor)


SUDIRMAN HAJI ARSHAD (22 Februari 1992)
Lahir: 25 Mei 1954 (Temerloh, Pahang)


PUSARA SUDIRMAN HAJI ARSHAD
Tanah Perkuburan Islam Chengal, Temerloh, Pahang.


ISMAIL KASSIM (18 SEPTEMBER 1994)

AHMAD DAUD (11 JUN 2003)
12 Mac 1932 (Pulau Pinang)


PUSARA AHMAD DAUD
Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


ROSIAH CHIK (21 JANUARI 2005)

ZAHARAH AGUS (26 MAC 1978)

RAFEAH BUANG (24 JULAI 2002)
Lahir: 25 Julai 1947 (Singapura)


PUSARA RAFEAH BUANG
Makam DiRaja Pekan, Pekan, Pahang


AHMAD JAIS (11 OKTOBER 2011)
Lahir: 1936 (Kapar, Klang, Selangor)


(Sumber: BHonLine1)

M. OSMAN (28 JULAI 2001)
Lahir: 1941 (Segamat, Johor)


LATIFF IBRAHIM (20 FEBRUARI 2012)

ORKID ABDULLAH (13 MEI 2011)

SALIM BACHIK (7 FEBRUARI 1977)

A. RAHIM (20 APRIL 1992)
Lahir: 1930 (Kuala Kangsar, Perak)


SALLEH KAMIL (4 JULAI 1998)
Lahir: 24 April 1924 (Singapura)


MAHMUD JUNE (13 FEBRUARI 2002)
Lahir: 20 Januari 1920 (Alor Setar, Kedah)


HAJI ARSHAD (26 OGOS 1995)
Lahir: 21 Jun 1932 (Kampong Permata, Kuala Selangor, Selangor)


SHARIFF DOL (28 APRIL 1979)

TONY KASSIM (12 OGOS 2007)

BAB MUSTAFFA (2002)
Lahir: 30 Ogos ???? (Kuala Lumpur)


RAJA ISMAIL (26 MEI 2000)

RAHMAH RAHMAT (29 MAC 1993)
Lahir: 1943 (Medan, Sumatera, Indonesia)


MUSALMAH (16 DISEMBER 2004)

SITI TG. PERAK (6 OGOS 1992)

ANNIE JASMIN (29 OGOS 1988)

M. ZAIN (31 JANUARI 1967)

MUSTARJO (3 JANUARI 1970)

MAK DARA (7 FEBRUARI 1970)

MINAH YEM (29 OKTOBER 1988)

MALEK SUTAN MUDA (20 OKTOBER 1974)

IBRAHIM DIN (16 JUN 1996)

PUSARA IBRAHIM DIN
Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


A.K. JAILANI (31 OKTOBER 1988)

ALIAS CONGO (29 JULAI 1972)

SHARIFF MEDAN (4 OGOS 1997)
Lahir: 1919 (Medan, Sumatera, Indonesia)


HABSAH (28 APRIL 1994)

JAH MAHADI (31 MEI 2001)

H.M. BUSRAH (7 APRIL 1981)

IBRAHIM PENDEK (25 NOVEMBER 2003)
Lahir: 1935 (Simpang Ampat, Taiping, Perak)


KEMAT HASSAN (1 SEPTEMBER 2004)

BAT LATIFF (3 MEI 2005)
Lahir: 10 Jun 1951 (Singapura)


TONY CASTELLO (13 DISEMBER 2010)
Lahir: 13 Julai 1946 (Singapura)


SALMAH IBRAHIM (30 APRIL 2009)

NORSIAH YEM (30 JANUARI 2005)

M. RAFEE (16 SEPTEMBER 2010)

AHMAD C. (14 JANUARI 2010)

NORAN NORDIN (22 NOVEMBER 2004)

AIMI JARR (10 MEI 2011)
Lahir: 25 Julai 1939 (Kuala Terengganu, Terengganu)


MAHYON ISMAIL (21 MEI 2011)

ZAINON FIJI (26 MEI 1992)

ALI FIJI (16 SEPTEMBER 1996)

SHARIFF BABU (16 MEI 1985)

M. SHAHDAN (26 OGOS 2011)

NORMA YUZIE (19 JULAI 1977)

ISMAIL HUTSON (21 JULAI 2012)

(Sumber: RoslayRaffie)

RAJA HAMIDAH (12 SEPTEMBER 2012)
Lahir: 9 Disember 1932


YANG PATUT ADA TETAPI TIDAK DAPAT DIKESAN, ANTARANYA___

AMAN BELON & SAAMAH

K.M. BASKER & DHIRESH GHOSH

DOLLAH SERAWAK & AHMAD NIFSU
DESKRIPSI___


  • Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Pertama Malaysia (31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970) bukanlah orang filem, tetapi dua karyanya telah dijadikan filem - "Mahsuri" yang diarahkan oleh B.N. Rao dan "Raja Bersiong" arahan Jamil Sulong.
  • Runme Shaw (abang Run Run Shaw) dalam keadaan tidak sedarkan diri (coma) selama lima bulan sebelum meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
  • Loke Wan Tho, jutawan Pertubuhan Cathay (juga Cathay Keris Film), meninggal dunia akibat kemalangan kapalterbang di Taiwan ketika menghadiri Festival Filem Asia-Pasifik di Taipei.
  • B.S. Rajhans merupakan pengarah filem Melayu pertama ("Leila Majnun') dan meninggal dunia dalam kereta kerana diserang sakit jantung ketika hendak ke pejabat.
  • Jaffar Shah, meninggal dunia ketika umurnya masih muda, 23 tahun. Motosikalnya terlibat dalam kemalangan jalanraya di Mountbatten Road, Singapura. Tiga filem yang dibintanginya, "Manusia", "Shorga Dunia" dan "Aladdin."
  • Osman Gumanti (hero), P. Ramlee dan A.R. Tompel (meninggal dunia pada tahun 1973) bersama membintangi filem "Aloha", dengan heroinenya Mariam.
  • Yusof Latiff (hero filem "Kipas Hikmat") telah dikecam hebat oleh ramai peminatnya apabila dia berpelukan melampau dengan Rosnani dalam "Chemburu" yang diarahkan oleh S. Ramanathan.
  • Zubir Said (namanya turut diabadikan disebatang jalan di Orchid Road, berhampiran bangunan Cathay) ialah pencipta dan penggubah lagu Kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura".
  • R. Azmi dan Rokiah Hanafi (meninggal dunia pada tahun 1974) sering berpadusuara merakamkan lagu-lagu (satu antaranya "Di Bawah Sinar Bulan Purnama") ke piringhitam.
  • Ismail Kassim, pelakon filem "Pelangi dan suami Nona Asiah, meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya apabila skuternya dilanggar kereta di Kheam Hock Road, Singapura.
  • Lamberto V. Avellana (pengarah "Sergeant Hassan", filem perang) dan Ramon A. Estella ("Mata Hari", juga filem perang) meninggal dunia pada tahun yang sama, 1991.
  • Usmar Ismail menggunakan nama P.L. Kapur sebagai pengarah filem "Korban Fitnah", dan dia juga mengarahkan "Bayangan Di Waktu Fajar" tetapi meletakkan namanya sendiri, Usmar Ismail.
  • A. Razak, penulis cerita "Pontianak", "Mata Hari", "Anak Pontianak", "Gergasi" dan "Melanchong Ka-Tokyo", pernah beristerikan Maria Menado dan Musalmah, pelakon filem "Antara Senyum Dan Tangis".
  • Ibrahim Pendek, satu-satunya selebriti Malaysia pernah berlakon di Hollywood, filemnya "The Sprial Road" (penggambarannya banyak dilakukan di Hawaii) dan berlakon disamping Rock Hudson, Burl Ives dan Gena Rowlands.
  • P. Ramlee, Norizan (isteri kedua) dan Saloma (isteri ketiga) dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Norizan juga pernah bersuamikan Sultan Perak dan Abdullah Chik.
  • P. Ramlee (Do), A.R. Tompel (Re) dan Ibrahim Din (Mi) yang membintangi "Do Re Mi", "Nasib Do Re Mi" dan "Laxmana Do Re Mi" dikebumikan di tanah perkuburan yang sama, Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
  • Pusara Nasir P. Ramlee dibina atas sumbangan wang yang diberikan oleh Aziz Sattar dan Mustafar A.R. (bagi pihak MZA Terbit Enterprise, penerbit buku "Filem-Filem P. Ramlee").
  • S. Roomai Noor (filem arahannya yang pertama "Adam") meninggal dunia di Mekah, Arab Saudi. Begitu juga Sa'amah. Salmah Ibrahim di Padang, Sumatera dan Junaidah di Jakarta.
  • Fatimah Ahmad (filem popularnya "Dang Anom"), satu-satunya selebriti Malaysia meninggal dunia di Amerika Syarikat (Texas), pernah bersuamikan Hussain Haniff.
  • H.M. Busrah, tiupan trumpetnya memekakkan teliga ("Seniman Bujang Lapok"), meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke Semenyih selepas menghadiri perasmian pembukaan Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2) di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
  • Jenazah A. Rahim (suami Junainah) dan Norizan, terlebih dulu dibawa ke Finas (solat dan mandi), sebelum di bawa ke Singapura (A. Rahim) dan ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur (Norizan).
  • Jaafar Abdullah, lama bertugas dengan MFP sebagai Pegawai Penerangan dan penerbit Majalah Filem, juga pernah beristerikan Rokiah, pelakon filem "Putus Harapan", dan ayah tiri kepada A. Galak.
  • Haji Mahadi, pengarah filem "Permata Di-Perlimbahan", merupakan satu-satunya selebriti popular di kebumikan di Makam Haji Mohd. Said Seremban, Negeri Sembilan. Haji Mohd. Said ialah ayah Haji Mahadi.
  • Malek Selamat, sebelum menjadi pelakon (filem pertamanya "Raja Bersiong" keluaran Maria Menado Production), terkenal sebagai jaguh lumba basikal.
  • Sebagai hero Hussain Abu Hassan tidak begitu berkrisma, tetapi dia banyak membintangi filem-filem luar negara termasuk Hong Kong, Filipina dan Australia.
  • Shariff Medan (hero filem color "Buloh Perindu") meninggal dunia sebelum sempat menerima anugerah di Malam Seniman di Shah Alam, Selangor.
  • Ahmad Jais terkenal sebagai penyanyi, dan pernah berlakon dalam "Dara-Kula" yang diarahkan oleh Mat Sentol. Dia juga turut berlakon filem "Si Badol" arahan Aziz Sattar.
  • Rose Yatimah (diperkenalkan oleh P. Ramlee dalam "Pendekar Bujang Lapok") turut bersama P. Ramlee disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
  • Rahmah Rahmat, suatu ketika pernah beributirikan Latiffah Omar apabila ayahnya (pemusik Rahmat Ali, juga suami Sa'amah) berkahwin dengan pelakon filem "Gurindam Jiwa" itu. Dia juga pernah bersuamikan Jins Shamsudin.
  • B.N. Rao merupakan pengarah yang bertanggungjawab membawa kejayaan box office luar biasa filem "Pontianak" yang dibintangi oleh Maria Menado, M. Amin, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof.
  • Ed Osmera sepatutnya berlakon dalam "Lain Jalan Ka-Shorga" arahan Jamil Sulong (sudahpun dilakukan penggambaran), tetapi apabila tiba-tiba dia jatuh sakit tempatnya digantikan dengan Gaas Shariff.
  • Tony Castello dan Bat Latiff, sama-sama pernah memenangi anugerah pelakon kanak-kanak terbaik di Festival Filem Asia-Pasifik. Tony, "Anak-Ku Sazali", Bat pula, "Lela Manja" dan "Gerhana".
  • Haji Arshad menjadi popular apabila dia menggantikan tempat Mahmud June yang menolak pelawaan M. Amin untuk berlakon dalam filem arahannya yang pertama, "Lanchang Kuning".
  • Minah Yem (terkenal juga dengan nama Minah Ketot), isteri Yem juga ibu kepada Norsiah Yem.
  • Hamzah Hussain, pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan Cathay Keris Film, penulis novel "Rumah Itu Dunia Aku" yang kemudian dijadikan filem dengan tajuk yang sama dan diarahkan oleh M. Amin.
  • Alfonso Soliano, turut terlibat (musik) dengan filem "Chinta" bersama Zubir Said, merupakan pemusik yang bertanggungjawab mengwujudkan Orkestra RTM apabila dia memimpin bermula dengan 13 pemusik. Dia pemimpin pertama Orkestra RTM kemudian disusuli pula Johari Salleh.
  • Musalmah, yang terkenal dengan peranan jahatnya di MFP antaranya "Miskin" dan "Putus Harapan", pernah bersuamikan A. Razak (bekas suami Maria Menado) dan penyanyi Kamsani hingga ke akhir hayat.
  • Fred Young, dari Indonesia hanya mengarah satu filem saja di Malaysia, "Jauh Di Mata" yang dibintangi oleh Abdullah Chik dan Sophia Ibrahim. Di Indonesia dia mengarah banyak filem antaranya "Sapu Tangan", "Puteri Solo" dan "Jembatan Merah".
  • Toni Kassim, diperkenalkan oleh M. Amin dalam filem "Rumah Itu Dunia Aku", ramai yang menyangka dilahirkan di Singapura, tetapi sebenarnya di Kampung Raja Uda, Klang, Selangor.
  • Bab Mustaffa, yang telah memperlihatkan lakonan mantap dalam "Gelora" yang diarahkan oleh P. Ramlee, merupakan adik kepada Rosmawati yang turut membintangi filem "Si Tora Harimau Jadian".
  • Rendra Karno, berlakon bersama Latiffah Omar dalam "Bayangan Di Waktu Fajar" dan Maria Menado dalam "Hilang Gelap Datang Terang", pemenang anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik di Festival Filem Asia-Pasifik kerana lakonannya dalam "Bayangan Di Waktu Fajar".
  • Sukarno M. Noor, yang membintangi filem "Korban Fitnah" bersama Maria Menado dan Siput Serawak, merupakan ayah kepada pelakon popular Indonesia, Rano Karno.
  • Salim Bachik, tidak banyak berlakon filem antaranya "Jefri Zain Dalam Gerak Kilat" dan "Dosa Wanita", ialah ayah kepada pelawak Harun Salim Bachik.
  • Shariff Babu, banyak membintangi filem-filem keluaran Merdeka Studio antaranya "Anak Bapak", "Gerimis" dan "6 Jahanam", tetapi paling menarik peranannya sebagai Sarjan dalam "Ahmad Albab", apabila dia berjaya menakutkan Tony Azman dan Karim Latiff dengan batu bukannya dengan pistol.
  • Nordin Arshad, bertugas sebagai penolong pengarah di MFP, pernah membintangi filem "Antara Dua Darjat" arahan P. Ramlee dan "Nora Zain Ajen Wanita 001" bersama Sa'adiah dan Aziz Jaafar yang dibuat penggambarannya di Hong Kong.
  • Norsiah Yem, sebagai heroine Mustapha Maarof dalam "Salah Sangka" dan berperanan garang dalam "Selendang Delima" beribubapakan Yem dan Minah Yem dan ibu kepada Ebby Saifullah yang turut membintangi "Jangan Tinggal Daku" dan "Ali Setan".
  • Annie Jasmin, memang terkenal dengan watak-watak komidinya telah membintangi banyak filem di MFP dan Cathay Keris (tidak Merdeka Studio), antaranya yang berkesan "Pendekar Bujang Lapok", "Sergeant Hassan," "Che Mamat Parang Tumpol" dan "Gila Talak".
  • M. Shahdan, pernah berlakon memegang peranan utama dalam filem "Hati Batu" (1973) berheroinekan Latiffah Omar. Dia juga membintangi banyak filem Merdeka Film Productions termasuk "Cinta Dan Lagu" (1976) bersama Hail Amir, Noor Azizah dan Yusof Haslam.
  • Norma Yuzie, terkenal dengan keseksiaannya. Dia yang turut berlakon dalam "Cinta Dan Lagu" dan "Pendekar" meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta di Batu 2, Jalan Gombak, Kuala Lumpur iaitu tidak jauh dari tempat kemalangan kereta yang dialami oleh A.R. Tompel.
  • Aimi Jarr, yang pernah ditampar oleh Hussain Haniff kerana mengkritik filem arahannya "Dang Anom", juga penolong pengarah filem "Fajar Menyinseng" yang dibintangi oleh Abdullah Chik, Nor Asmah dan Mustapha Maarof.
  • Rafeah Buang lebih terkenal sebagai penyanyi berbanding pelakon. Dua lagu popular nyanyiannya terdapat dalam dua filem - "Gurindam Jiwa" ("Gurindam Jiwa") berpadusuara dengan R. Ismail dan "Lampong Karam" ("Suka Sama Suka") berduet dengan Omar Suwita.
  • Orkid Abdullah juga penyanyi popular. Dia turut menyanyi dalam filem "A Go Go 67" yang diarahkan oleh Omar Rojik dengan menyanyikan lagu "Ikatan Janji" berpadusuara dengan M. Fadzil dan diiringi oleh kugiran Les Coasters.
  • Rahim Hamid, lebih terkenal sebagai pemusik/penyanyi dibandingkan pelakon dan pernah digelar 'Nat King Cole Malaya'. Peranannya di Cathay Keris biasanya menyelenggarakan musik, dan salah satu lakonannya dapat dilihat dalam filem "Tun Fatimah". Dia juga suami seniwati Mariam dan bapa penyanyi Rahimah Rahim.
  • Rahman B. penulis cerita "Lela Satria" arahan S. Roomai Noor. Dia juga pengarah "Bila Hati Telah Retak' yang dibintangi Rubiah Suparman. Dan juga menyanyi dua lagu berpadusuara dengan Rosiah Chik dalam "Dang Anom". 

  • ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI:
    v

    FILEM KLASIK MALAYSIA
    berapa banyakkah yang masih ada?


    NIAGARA FALLS
    airterjun paling indah dan cantik di dunia.


    P. RAMLEE
    apabila lagu-lagunya diorkestrakan.


    A.R. ISMAIL
    pergi dan hilangnya bersama angin.


    AHMAD MAHMUD
    anak malaysia pertama jadi produser filem.